::. Bila Pena Menari .::
Friday, November 19, 2010
MUJAHIDAH SEJATI
BERJUANG TANPA HENTI..
TIADA ISTILAH PENAT, JEMU DALAM DIARI PERJUANGANMU..
IMPIANMU HANYA SATU…
ISLAM ….
YA, HANYA ISLAM.. YANG KAU DAMBAKAN..
AGAR IA TERUS BERKEMBANG KE SEGENAP RUANG,
DI MUKA BUMI INI…
SELAGI NADI BERDENYUT, SELAGI NYAWA DI BADAN…
SELAGI DIRIMU DIPERLUKAN,…
SELAGI ITULAH PERJUANGAN TETAP DIHATIMU..
BAGIMU ISLAM ITU DIHATI BUKAN DITANGAN,
BAGIMU SYURGA DI AKHIRAT ITU ABADI ,
MANAKALA SYURGA DI DUNIA ITU HANYA FANTASI..
YANG HANYA DIREKA-REKA OLEH MANUSIA..
MUJAHIDAH SEJATI ,
DIKAU TAK BERCITA-CITA MENJADI TERHORMAT..
CUKUPLAH ANDAI DIRIMU DAPAT MEMBERI ..
SUMBANGAN BUAT ISLAM TERCINTA ..
HATTA HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR..
WALAUPUN DIRIMU TAK SEHEBAT SUMAIYYAH,
YANG SANGGUP DISEKSA DEMI ISLAM TERCINTA..
NAMUN KETAHUILAH MUJAHIDAHKU…
AKU TAHU DIRIMU MAMPU JADI SEHEBAT ..
PARA SYUHADA YANG BERJUANG DEMI ISLAM..
TERUSKAN, TERUSKAN,TERUSKAN…
WAHAI MUJAHIDAH SEJATIKU…
TERUSKAN PERJUANGANMU TANPA HENTI..
YAKINLAH DENGAN APA YANG KAU PERJUANGKAN…
YAKINLAH BAHAWA ….
HANYA ISLAM AGAMAMU,
HANYA ALLAH TUHANMU,
HANYA MUHAMMAD RASULMU,
HANYA AL-QURAN DAN SUNNAH PEGANGANMU,
HANYA KAABAH KIBLATMU…..
LANTAS APA YANG KAU RAGUI LAGI…
WAHAI MUJAHIDAH SEJATIKU…
AYUH, PERCEPATKAN LANGKAHMU…
BIAR LANGKAHMU SEIRING DENGAN MUJAHIDMU..
BUKTIKAN DIRIMU JUGA MAMPU MENGGONCANG DUNIA..
SEPERTI MUJAHIDMU, DUHAI MUJAHIDAHKU…
AKU BANGGA MELIHATMU ANDAI DIKAU,
BERMANDIKAN DARAH BERSAMA MUJAHIDMU…
KETAHUILAH, DISAAT ITU DIRIMU,
AKAN TERSENYUM INDAH…
BERSERI-SERI DISAMPING KAIN PUTIH YANG SUCI,
SESUCI ISLAM TERCINTA YANG KAU PERJUANGKAN,
AKAN MEMBALUT KEMAS DI TUBUHMU,
DITAMBAH PULA DENGAN WANGIAN KAPUR BARUS
YANG AKAN MENYEBARKAN BAUNYA KESELURUH ALAMAYA INI,
SAAT INI SELURUH ISI ALAM AKAN KETAHUI BAHAWA ,
TELAH GUGURLAH SEORANG SERIKANDI ISLAM SEJATI,
SELURUH ISI ALAM INI AKAN MENANGIS, MENATAP…
PEMERGIANMU NAMUN , DIRIMU HANYA MENGHADIAHKAN …
SEKUNTUM SENYUMAN MENAWAN KEPADA MEREKA…
KERANA SUDAH SEMPURNALAH TUGASMU SEBAGAI HAMBA ILAHI…
MENEGAKKAN ISLAM HINGGA KE AKHIR HAYATMU…
SEKARANG….
DIRIMU AKAN DIBAWA PERGI …
PERGI BERTEMU TUHANMU DI SYURGA NAN ABADI…
DISANALAH SELAYAKNYA TEMPATMU WAHAI MUJAHIDAHKU..
BEREHATLAH DISANA DENGAN TENANGNYA…
KERANA DIRIMU KINI TELAH BERGELAR MUJAHIDAH YANG SEJATI…
USAHLAH KAU BIMBANGKAN DUNIA LAGI…
KERANA AKU YAKIN AKAN LAHIR LAGI,
MUJAHIDAH SEPERTIMU DIDUNIA INI ,
UNTUK BERJUANG DEMI ISLAM SEPERTIMU…
SETELAH DIRIMU SANGGUP ,
MENJADI CONTOH TERBAIK BUAT MEREKA…
KU BERHARAP AGAR DIRIKU JUGA MAMPU MENJADI SEPERTIMU,
DUHAI MUJAHIDAH SEJATIKU….
KAULAH IDOLAKU UNTUK MENJADI PEMBELA ISLAM
DI DUNIA YANG PENUH ONAK DURI INI….
SEMOGA KITA BERTEMU DISANA SUATU MASA NANTI…
Pengorbanan
Apa yang kita faham tentang pengorbanan ?
Berkorban nyawa? Harta benda? Wang ringgit?
Ya. Itu semua adalah antara bentuk-bentuk pengorbanan…
Tetapi, bagaimana dengan pengorbanan yang dapat kita
lakukan terhadap diri kita sendiri?
Nah! tepuk hati tanyalah akal kalian !!
Kadangkala kita alpa bahawa kita hidup di atas muka bumi
Ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja…
Sampai masanya nanti, kita pasti akan dipanggil oleh
Pencipta alam semesta ini…
Justeru, adakah semua bekalan untuk kita bawa ke dunia yang Abadi
itu telah kita penuhi ?
Adakah semua amalan kita nanti akan diterima oleh Allah SWT kelak ketika kita
berjumpa denganNYA di akhirat yang kekal ?
(monolog )
“Ya Allah………………
Aku takut Ya Allah…. Aku takut …. kerana aku tahu bahawa
Aku belum lagi memenuhi bekalanku untuk ke Alam yang Abadi itu Ya Allah….
Aku tahu aku belum cukup melakukan pengorbanan terhadap diriku…
Aku lalai, aku malas……………
Aku terlalu lalai dengan dengan tipu daya duniawi…
Aku malas untuk berkorban buat diriku sendiri…
Aku sukar mengorbankan masa lapangku untuk
melakukan ibadat-ibadat sunat…
Aku sukar untuk mengorbankan waktu tidurku untuk qiam….
Aku sukar untuk mengorbankan waktu terluangkan untuk
mengingati Allah sedangkan DIA tidak pernah lupa akan hambaNYA…
Aku enggan mengisi waktu rehatku dengan membaca naskhah-naskhah agama…
Ya Allah….. kenapa dengan diriku ini ? aku dah terlalu banyak kerugian dalam hidupku…
Alangkah ruginya aku kerana tidak sanggup berkorban untuk kebaikan diri sendiri…”
Pengorbanan itu sesuatu yang amat payah untuk dilakukan…
Tetapi amat bermakna jika difahami…
Saturday, August 29, 2009

..DAMBAKAN CINTAMU..
Ukhuwah yang terjalin kerana Allah sangat indah.. Ianya amat manis semanis madu.. seharum wangian kasturi.. seindah pemandagan fajar menyinsing di ufuk timur… Ya Allah, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat yang dapat membimbingku agar sentiasa dekat denganMU.. Aku rindu sangat untuk bertemuMU ya Allah di akhirat kelak… aku dambakan kasih sayangMU Ya Allah… Aku perlukan petunjukMu agar dapat ku meniti jalan untuk berjumpaMu diakhirat kelak… Aku tak berdaya tanpa pertolonganMu Ya Allah.. Bantulah aku… Bimbinglah aku agar sentiasa berubah ke arah kebaikkan.. agar dapat ku mengecapi wangian firdausi.. agar dapatku melihat indahnya RaudahtuljannahMu di sana kelak yang kekal abadi buat selama-lamanya..
Tuhanku pimpinlah daku yang dambakan kasihmu,
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dariMU,
KAU pengasih, KAU penyanyang,
KAU pengampun kepada hamba-hambaMU,
Selangkahku kepadaMU seribu langkah KAU padaku,
Tuhan… diri ini tdak layak ke syurgaMU,
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMU…
Ku takut kepadaMU.. ku harap jua padamu..
Apakah ku kan selamat dunia akhirat seperti Rasul dan sahabat..

Monday, August 24, 2009
WADAH WANITA SOLEHAH
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dibatasi,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa
yang indah bak permata yang menyinari alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya
dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.
Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,
kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi
yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"
